:: Pegawai Eksekutif YASTSR ::
Monday, October 11, 2010
Posted by Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman at 12:39 AMSEREMBAN 2 : Pada 4 Jun 2010, bertempat di Pejabat Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR), Lembaga Pengarah YASTSR, telah melantik Pegawai Eksekutif untuk Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman secara rasminya. Ketua Pengarah Yayasan, Yang Mulia Tunku Mohsinuddin Bin Tunku Mohd Jamil dan Encik Frederick Deo Chang Foo serta Pegawai Eksekutif, Encik Azman Bin Shaher, telah mengadakan satu sesi taklimat di bilik mesyuarat pejabat YASTSR. Semua Pegawai-pegawai Eksekutif yang telah berdaftar dan direkodkan dipejabat urusan Yayasan telah menjalani latihan asas berkenaan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Disamping itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Encik Azman Bin Shaher, bersama pegawai-pegawai eksekutif yang telah dilantik telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek YASTSR, iaitu kilang pemprosesan biodiesel yang diusahakan oleh Arena Agro Technology (anak syarikat YASTSR). Pengenalan mengenai pemprosesan biodiesel telah disampaikan oleh Encik Alan Deo Chang Siong (Pengurus Proses Kilang Biodiesel).
Nama-nama Pegawai Eksekutif yang telah dilantik :
1) Encik Zainol Rashid Bin Ismail
2) Cik Nor Hasanah Binti Noor Ghani
3) Nor Hidayah Binti Termiji
4) Encik Asrul Effendi Bin Abdul Murad
5) Encik Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Othman
6) Encik Zulkifli Bin Rashid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment