Bertempat d Plaza Tol Sungai Besi, semua bas dan lori diperiksa secara menyeluruh dalam Operasi Pengesanan Asap Hitam yang telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini. Kesalahan melepaskan asap hitam dikuatkuasakan dibawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikompoun tidak melebihi RM 2,000.
Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pemandu bas dan lori terhadap tahap keselamatan pengangkutan awam serta memastikan ia sentiasa berada pada tahap terbaik dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, ia adalah untuk mengelakan daripada berlakunya pencemaran udara serta memberikan kesan yang positif kepada alam sekitar.
0 comments:
Post a Comment