:: Kesucian Minyak 'Recon' Dipertikai ::

Monday, October 11, 2010

0 comments
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (NESCA), mahu memantau perbuatan segelintir syarikat yang cuba mengambil kesempatan dengan memproses semula minyak yang digunakan kepada minyak masak 'recon' dan dijual dipasaran bagi meraih keuntungan.


Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR) yang terbabit secara langsung dalam program membantu masyarakat dan bidang pemuliharaan alam sekitar mengenai beberapa syarikat yang dikatakan tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan memproses semula minyak masak 'recon' untuk dijual dipasaran.

:: Rakan Mesra Alam ::

0 comments


GARDEN HOME SEREMBAN 2 : GARDEN HOME SEREMBAN2, YAYASAN ALAM SEKITAR TUNKU SYED RAZMAN(YASTSR) ingin mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan dan kerja sama kepada Global Ikhwan Sdn Bhd diatas sokongan terhadap Kempen Rakan Mesra Alam. Pihak YASTSR yang diwakili oleh Tunku Mohsinuddin bin Tunku Mohd Jamil telah menyerahkan sijil penghargaan beserta sebuah tong untuk menyimpan sisa minyak masak yang telah dipakai. Pemberian tong ini merupakan salah satu langkah untuk mengelakan sisa minyak tersebut dibuang ke longkang yang berhampiran dan dapat mengelakan daripada kegiatan pengumpulan minyak secara haram untuk dijadikan minyak masak semula oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

:: Operasi pengesanan asap hitam ::

0 comments
Bertempat d Plaza Tol Sungai Besi, semua bas dan lori diperiksa secara menyeluruh dalam Operasi Pengesanan Asap Hitam yang telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini. Kesalahan melepaskan asap hitam dikuatkuasakan dibawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikompoun tidak melebihi RM 2,000.
Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pemandu bas dan lori terhadap tahap keselamatan pengangkutan awam serta memastikan ia sentiasa berada pada tahap terbaik dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, ia adalah untuk mengelakan daripada berlakunya pencemaran udara serta memberikan kesan yang positif kepada alam sekitar.

:: Pegawai Eksekutif YASTSR ::

0 comments

SEREMBAN 2 : Pada 4 Jun 2010, bertempat di Pejabat Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR), Lembaga Pengarah YASTSR, telah melantik Pegawai Eksekutif untuk Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman secara rasminya. Ketua Pengarah Yayasan, Yang Mulia Tunku Mohsinuddin Bin Tunku Mohd Jamil dan Encik Frederick Deo Chang Foo serta Pegawai Eksekutif, Encik Azman Bin Shaher, telah mengadakan satu sesi taklimat di bilik mesyuarat pejabat YASTSR. Semua Pegawai-pegawai Eksekutif yang telah berdaftar dan direkodkan dipejabat urusan Yayasan telah menjalani latihan asas berkenaan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Disamping itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Encik Azman Bin Shaher, bersama pegawai-pegawai eksekutif yang telah dilantik telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek YASTSR, iaitu kilang pemprosesan biodiesel yang diusahakan oleh Arena Agro Technology (anak syarikat YASTSR). Pengenalan mengenai pemprosesan biodiesel telah disampaikan oleh Encik Alan Deo Chang Siong (Pengurus Proses Kilang Biodiesel).

Nama-nama Pegawai Eksekutif yang telah dilantik :
1) Encik Zainol Rashid Bin Ismail
2) Cik Nor Hasanah Binti Noor Ghani
3) Nor Hidayah Binti Termiji
4) Encik Asrul Effendi Bin Abdul Murad
5) Encik Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Othman
6) Encik Zulkifli Bin Rashid

:: Sayangi Bumi ::

0 comments
Bumi ialah tempat kediaman semua jenis spesis. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera. Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Tahukah anda bahawa di bumi ini saja tempat makhluk seperti kita dpt bernafas? Andai bumi meletup suatu hari nanti, planet mane lagi yg boleh kita duduki? Boleh kan bulan menanggung populasi manusia sebyk 7 bilion?? Atau udara di planet Marikh sesuai dgn paru-paru manusia? Ataupun US dan Negara-negara maju yang lain boleh membina kapal angkasa, bahtera mahupun alat mengelak dari bencana? Tahan kah manusia dgn sinaran matahari yg semakin panas terik ini? Fikir lah sendiri�

:: Gempa Bumi ::

Sunday, October 10, 2010

0 comments
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang). Sumber : Wikipedia dan Associated Press.

:: Mengelolakan kempen pemuliharaan alam sekitar ::

0 comments
Saya bagi pihak yayasan ingin mengucapkan ribuan termia kasih kepada semua warga mencintai bumi alam yang menyokong kempen kempen dan usaha pemuliharaan, penyedaran dan penjagaan alam sekitar. Masa inilah untuk semua menyedari betapa pentingnya membantu pelupusan spesis kehidupan di bumi ini. Kami sedang menetap di bumi ini dengan berbagai jenis bencana alam yang kerap berlaku kebelakangan ini. Ia disebabkan kebanyakan wajah alam semulajadi telah dibinasakan oleh manusia sendiri,mahupun mencemarkan bumi alam ini dengan berbagai kelakuan yang tidak bertanggung jawab,seperti menebang kebanyakan hijauan pokok yang berluasa mengakibatkan kehakisan tanah yang sering berlaku, pengudaraan yang semakin kurang, perlepasan toksid dan karbon dioksida yang semakin meningkat, pencemaran kilang kilang perusahaan yang merosakan ekologi dalam air, dan sebagainaya yang tidak dapat lagi mengira di jari kami, saya menaruh harapan besar kepada semua ,ia akan baik pulih keadaan bumi kami ini,sekiranya,kita bermula berusaha mencari jalan dalam segi bentuk apa pun menyumbangkan tenaga setiap orang membantu dalam kaedah pemulihaan alam sekitar. 


Fikirkan untuk generasi yang akan datang, tidak kira anda dari golongan muda atau tua, inilah adalah tanggungjawab anda.Tuhan mencipta bumi alam ini dengan sempurna.Kita harus memeliharanya dengan baik, lepaskan dan lupakan semua permusuhan dan konflik antara satu sama lain, bersatu lah menentangi masalah bumi alam ini.Cintailah bumi ini seperti mana bumi ini sayangkan kami dari permulaan.!

:: Selamat Datang ::

0 comments


Kami di YASTSR mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke halaman blog ini. Semoga segala maklum-balas tuan/puan akan menjadi maklumat yang berguna bagi pihak kami untuk mengambil tindakan yang sewajarnya .Maklumat lanjut sila layari website kami  http://www.yastsr.org

      • Penggunaan Teknologi Hijau
      • Penjagaan alam untuk masa hadapan
      • Institusi pengajian teknologi dan maklumat tenaga hijau